Tuesday, April 21, 2009

Rancangan

RANCANGAN
GALAKAN TABIAT SUKA MEMBACA


A ktiviti-aktiviti yang terkandung dalam Rancangan Galakan Tabiat Suka Membaca di kalangan murid SJK (C) PEI HWA, PEDAS ialah:

1. Mengadakan Program Bacaan Pagi ( 7.20 am -7.45 am ) sebelum waktu persekolahan bermula.
2. Mengadakan perpustakaan dalam bilik darjah dan sudut-sudut bacaan dalam kelas.
3. Menggalakkan murid-murid meminjam dan membaca buku-buku dan majalah di perpustakaan.
4. Mendedahkan murid-murid kepada lebih banyak bilangan dan jenis buku bacaan sama ada di dalam bilik darjah, atau di luar bilik darjah.
5. Mempertingkatkan kemahiran murid-murid di dalam Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ), Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina yang diajar di sekolah.
6. Mengambil satu waktu Pendidikan Moral untuk membuat laporan membaca.
7. Meluaskan dan menambahkan pengetahuan am murid-murid melalui beraneka jenis buku yang berlainan bidang ilmunya.
8. Mengadakan pameran buku.
9. Mempertingkatkan kebolehan murid-murid mendapatkan maklumat melalui pembacaan.
10. Menggalakkan murid-murid cinta kepada ilmu dan berusaha mencari ilmu.

0 comments:

Post a Comment

By :
Free Blog Templates